Assalamualaikum.. .....
Saya ingin menarik perhatian saudara/saudari muslim yang dirahmati Allah tentang satu produk roti yang amat digemari oleh sebahagian daripada kita iaitu Roti Boy. Kalau anda prihatin tiada logo halal Jakim yang terdapat di premis-premis perniagaan ini mahupun dibalutan plastik roti tersebut.
Saya pernah bertanyakan Manager di Premis Roti Boy di Subang Parade, Subang Jaya tentang ketiadaan tanda halal Jakim tersebut.. Menurut Manager tersebut memang mereka tidak mempunyai tanda tersebut.... ...
Hari ini saya berpeluang untuk bercakap sendiri dengan seorang pegawai Jakim, Putrajaya iaitu PN. N ajib ah - no tel - 88864851. Menurutnya, pihak Roti Boy setakat hari ini tidak pernah memohon untuk mendapatkan status halal daripada pihak Jakim. Jadi nasihat Pn. N ajib ah ..selagi
belum terbukti tahap halalnya produk tersebut sebaik-baiknya kita jangan makan.
Jadi ...saya sekadar menjalankan tanggungjawab saya sebagai saudara ISLAM..terpulanglah kepada budi bicara dan rasa hati masing-masing untuk menentukannya. Ingatlah bahawa apa jua yang kita makan akan menjadi darah daging kita dan tahap ketaqwaan seseorang itu turut
bergantung terhadap apa yang dimakannya.. ...
Yang baik itu semuanya dari Allah .....dan buruk itu dari kelemahan saya jua........TQ
No comments:
Post a Comment