Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada
orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak
dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di
kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.
1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20
Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana
berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan
10 biji kereta.
2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan
perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak
sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.
3.Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan dikacau selepas
terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa
perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..
4.Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke
dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak,
berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan
pelbagai misteri.
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan
Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam
Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul
Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah
atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk
seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata
beliau ketika dihubungi.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui
ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di
Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci
kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..
Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak
berjaya.
Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya
tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika
itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok
lebuhraya.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa disemadikan semula di bawah
jambatan tersebut
5)Kejadian paling popular ialah peristiwa di mana seorang
pemanggil call deejay radio THR.fm(isma halil) cakap dia eksiden jatuh gaung.
pastu dia ckp dia sedih bila bangun dia tgk mak bapak, isteri serta anak dia
dah meninggal dan yang paling sedih bilamana dia tgk dia sendiri pun dah
meninggal.. pastu panggilan terputus. isma halil try call balik x dpt. esoknya
masuk paper jam 12am ada eksiden jatuh gaung di kilometer yg sama cam pemanggil
tuh cakapkan and jumlah org pun sama
No comments:
Post a Comment